Friday, July 30, 2010

Pesan Kepada Perempuan II

Sajak udeng_111

Dunia belum terbelah
Namun kehidupan sudah berubah
Perempuan telah mengeluarkan
Malunya ke tepi-tepi jalan
Melebarkan langkahnya ke tengah gelanggang
Mendedahkan aurat terlarang terang-terangan
Perempuan itu sanggup menukarkan
Warna wajah diri menjadi peria tak berbudi
Melemahkan santun
Kerana perjuangan hak setaraf lelaki
Perempuan sudah hilang harga diri
Lemah lembut lebur dalam
Suara menentang poligami

Perempuan
Kembalikan malumu ke dalam silu
Kembalikan langkahmu ke dalam izin suamimu
Kembalikan warna wajah diri
Ke dalam keperempuananmu
Kembalikan dan sembunyikan tubuhmu ke sebalik hijab
Suara lembut ke dalam pekerti
Kelak kau akan mengerti
Hak dan kebebasanmu terikat mati
Di tembok azali


Ikhlas buat perempuan
Kembalikan keperempuananmu



writer unknown
copy from page rehan

p/s ke udeng 2 writer ny?

4 comments:

  1. udeng tu la penulisnya. ada banyak lagi sajak dia best2. kalau rehan jumpa rehan share lagi k. :)

    ReplyDelete
  2. okeh spade pn suka gk sajak2 lama nih :D

    ReplyDelete
  3. sajak ni tak lama la..10tahun lepas je :p

    ReplyDelete
  4. 10 thn 2 lama la cik rehan eh :P

    ReplyDelete