Sunday, April 14, 2024

Penyakit Dalam Senyap

Axienty dan tekanan perasaan...

Nak luah tak tahu ke siapa
Nak pendam takut melarat

Kiri dunia, kanan syurga...

Sunday, June 25, 2023

the loss

aku masih cuba untuk hadam kehilangan tiga orang yang dikasihi. Nenek yang di kasihi, membesarkan aku sedari kecil dengan pendapatan kampung yang seberapa saja. Pengasuh kesayangan sofea, yang selalu dukung sofea tengok burung sepagi hari di sangkar burung peliharaannya, sofea agak high need semasa kecilnya, syukur dia terima seperti cucunya sendiri. Dan ipar yang terdekat, pemergian secara tiba-tiba mengejutkan seluruh ahli keluarga. 

" Ya Allah... ampunilah dosa-dosa mereka dan tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman"

sungguh... syarat mati itu bukan sakit. bila tiba masanya, kita akan pergi tanpa lewat sesaat pun. 

Wednesday, June 7, 2023

introvert

wah lama rasanya tak menulis. byk je yg terbuku di kepala hati tapi tak punya kuasa untuk menulis. 

seperti tajuk ini. sy memang seorang yg introvert. sangat2 tak suka kalau bercakap dihadapan orang ramai. mmg aku akan cuba untuk elakkan kalau ada aktiviti yang memerlukan aktiviti seperti ini.

semakin berumur ni semakin teruk rasanya benda ni. dulu rajin jgk update status2 fb, sekarang just share2 je benda yang dirasakan betul dan sahih. takut sangat untuk menulis. 

tp aku tgk ada je yg introvert yg suka menulis. mungkin dia tak suka bercakap tp dia suka menulis. mungkin ada jenis2nya kalau introvert ni. 

mungkin silapnya kt fb aku dh add org2 yg kenal aku secara personal di luar, sbb tu je kot aku rasa takut sikit nk menulis. kt sini apedehal. xde orang kenal dan xde orang follow. haha

Monday, July 18, 2022

influenza

Baru lepas musim covid, sekarang musim influenza. Simpton agak sama tp yg jahatnya influenza ni, demam tu boleh on off. Habis kesan ubat dia demam lg. Kesian kt baby2. Semoga kita dilindungi.

rasa

Akan ada satu masa
Bila kita nak luahkan kt org kita tak mampu
Kita nk up status kita tak berdaya

Maka ku cubalah untuk sujud. Semoga terlepas sedikit bebanan

Saturday, February 29, 2020

mawi - kian

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada..

Sunday, July 21, 2019

Sijil Dan Kerja

Tak kisah kau belajar tinggi-tinggi walaupun kerja kau biasa-biasa je, umum dh tahu kerja zaman sekarang ni kalau takde sedara belah atuk tiri dua pupu ngn mak kau sijil tu boleh simpan lelok dalam robok.

Belajarlah tinggi2 supaya level pemikiran,perbuatan dan keputusan yang akan kau buat dalam kehidupan akan lebih bermakna dan terbaik.

Tapi kalau kau berpendidikan tinggi dan kau pukul cikgu sekolah anak kau... Level kau sama seperti sampah yg tak berpendidikan.