Monday, January 25, 2010

selamat pagi cinta

ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong..
aku terus bosan dab tertekan,
seperti waktu yang terus saja
meninggalkan aku,
dalam ke dasar kerak bumi yang
belum diterokai..

warnaku rindu,
jiwaku biru
menunggu cintaku
umpama si buta yang melihat
syurga
umpama lampu yang berbunyi
hitam
lalu menunggu aku terus
kini
malam tiba lagi kerana tinggalkan
cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi
rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besarnya
tidak terdakap
seperti itu jugalah
rindu aku pada...

kini harus aku terus menunggu,
atau hilang saja dilautan luas....

bilik aku(kmm)
atas tilam
4;21am

No comments:

Post a Comment